Dari kecil sehingga berumahtangga dan mempunyai isteri dan anak-anak, saya telah berpengalaman menyaksikan beberapa siri pengurusan jenazah nenek, bapa saudara dan ibu saudara namun belum pernah saya mendengar ayah dan emak saya bercerita tentang amalan pengurusan harta si mati berlandaskan ilmu faraid.
Tidak ada cerita atau perkonsian ilmu faraid yang pernah saya dengar dari ayah dan emak saya selain pendidikan formal yang saya lalui semasa bersekolah agama di negeri Johor dahulu. Namun di dunia nyata saya langsung tidak pernah mendengar atau disampaikan barang sedikit pun berkaitan faraid di kalangan keluarga saya mahu pun bapa saudara dan ibu saudara sebelah ayah dan emak saya.