Perjanjian Keahlian (“Perjanjian”) ini dimeterai oleh [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”) dan [Anda] (“Ahli”), dan berkuat kuasa mulai dari tarikh yang tersimpan melalui pendaftaran Ahli secara di talian di laman https://kaunterfaraid.org.
* “Ahli” merujuk kepada Ahli Berdaftar & Ahli Seumur Hidup.
Perjanjian ini juga tertakluk kepada perlembagaan Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia yang mesti dipatuhi oleh Ahli.
Perubahan klausa dalam perjanjian ini boleh berlaku tanpa notis mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
Faedah & Syarat Ringkas Keahlian
Sebagai sebahagian daripada keahlian dengan [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”), Ahli akan menerima faedah asas seperti yang dipaparkan di halaman web https://kaunterfaraid.org
Ahli secara asasnya diwajibkan untuk mengikuti Program Induksi sebagai syarat ringkas keahlian yang mengandungi perkara berikut:
i. Pengenalan berkaitan Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia
ii. Kursus Ringkas Asas Faraid
iii. Slot/program lain mengikut kesesuaian semasa selaras bengan perkembangan Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia
iv. Perubahan Program Induksi boleh berlaku tanpa notis mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
Yuran Keahlian
Maklumat yuran keahlian adalah seperti berikut:
Keterangan | Jenis Keahlian | ||
Rakan PPFM | Ahli Biasa | Ahli Seumur Hidup | |
Pendaftaran | Percuma | RM50 | RM50 |
Yuran Ahli | Percuma | RM50/tahun | RM300 |
Ahli Berdaftar bertanggungjawab memperbaharui keahlian sebelum tamat tempoh. Sekiranya Ahli Berdaftar gagal memperbaharui keahlian, akses ke sistem keahlian dan faedahnya akan ditamatkan di [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”).
Maklumat tamat tempoh keahlian boleh diakses menggunakan log masuk dan katakunci Ahli. Email notis tamat tempoh keahlian juga akan dihantar melalui sistem keahlian untuk peringatan.
Konten
Semua bentuk konten yang diterbitkan oleh Rakan PPFM & Ahli di [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”) adalah menjadi milik [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”). Rakan PPFM & Ahli yang menghasilkan mana-mana konten tersebut boleh menerbitkan semula konten di platform digital peribadi sendiri.
Sekatan
Rakan PPFM & Ahli bersetuju bahawa mereka tidak akan:
Kongsi maklumat log masuk mereka dengan bukan Ahli
Keluarkan semula mana-mana maklumat yang diterima sebagai sebahagian daripada keahlian mereka dan kongsikannya dengan bukan Ahli
Siarkan kandungan yang tidak sesuai, tidak tepat atau menyinggung perasaan ke forum keahlian dan perbincangan
Liabiliti
[https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”) tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan ketara atau tidak ketara yang mungkin berlaku kepada Ahli & Rakan PPFM semasa tempoh keahlian.
Ahli & Rakan PPFM bersetuju bahawa [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”) tidak boleh menjamin sebarang kesan dan hasil daripada keahlian mereka. Sebarang kesan dan hasil negatif atau positif yang mungkin berlaku semasa keahlian adalah hasil daripada pilihan peribadi Ahli sendiri.
Privasi
Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia tidak akan berkongsi sebarang hubungan atau maklumat peribadi tentang Ahli dengan Ahli lain, bukan Ahli atau mana-mana pihak ketiga.
Penamatan Keahlian
Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan keahlian Ahli & Rakan PPFM jika mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini dilanggar. Ahli & Rakan PPFM boleh menamatkan keahlian mereka pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab dan tidak akan dicaj untuk kitaran pengebilan seterusnya.
Pengesahan
Dengan melengkapkan pendaftaran Rakan PPFM & Ahli di [https://kaunterfaraid.org] (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”), Rakan PPFM & Ahli mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang digariskan dalam Perjanjian ini dan juga tertakluk kepada Perlembagaan (“Pertubuhan Perunding Dan Pengamal Faraid Malaysia”).